Halaman

mutiara hati

i love ALLAH s.w.t

salam

welcome

welcome
Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,hiduplah dalam IMAN walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH SWT walau DIA tak kelihatan.Bukti kasihNYA,kita wujud didunia pinjaman ini..ucaplah ALHAMDULILLAH dgn penuh kesyukuran..

my banner

Ahad, 20 Disember 2009

Kebaikan antioksida Bantu atasi masalah penuaan pertingkat ketahanan sel badan

Kebaikan antioksida Bantu atasi masalah penuaan pertingkat ketahanan sel badan

KONSEP kembali ke alam semula jadi menjadi semakin popular bagi yang ingin memelihara kecantikan dan kesihatan diri. Penggunaan bahan semula jadi khsusunya yang mengandungi antioksida terutama tumbuh-tumbuhan dalam merawat kecantikan juga semakin banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.

Menyedari kepentingan antioksida, kebanyakan pengeluar produk berkaitan kecantikan sama ada pemakanan mahupun penjagaan kulit mendakwa produk dihasilkan mengandungi bahan anti oksida khususnya yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Bagaimanapun sebagai pengguna, harus berhati-hati dengan dakwaan ini kerana antioksida sebenarnya bukanlah sejenis ‘bahan’, tetapi fungsi bahan tertentu yang bertindak secara khusus ke atas kulit. Antara cara paling berkesan bagi memperlahankan kerosakan akibat radikal bebas adalah dengan memakan makanan yang mengandungi antioksida.

Hasil kajian saintifik juga menunjukkan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan mengandungi bahan antioksida yang mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dialami manusia hari ini. Antaranya, buah quince yang terkenal dengan warna kuning keemasan ini, dikatakan kaya dengan antioksida yang bermanfaat untuk awet muda.




INFO: ANTIOKSIDA

* Amat penting bagi menentang radikal bebas yang menyebabkan masalah penuaan dan pelbagai penyakit lain seperti barah. Radikal bebas masuk ke tubuh apabila kita menyedut udara yang tercemar seperti asap rokok. Ini menyebabkan berlaku proses pengoksidaan yang merosakkan sel sihat dan menyebabkan anda tampak tua dan kurang sihat. Bagi mengatasinya, antioksida digunakan bagi mengawal proses pengoksidaan ini.

* Antioksida adalah penawar semula jadi yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas itu.

* Lebih menarik, antioksida juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas, selain memainkan peranan penting bagi membina dan mengekalkan kekebalan badan. Ini berlaku dengan menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisme pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisme lain yang menyumbang kepada proses penuaan.

* Mengamalkan pemakanan seimbang dan pelbagai makanan yang kaya dengan antioksida dalam menu harian dapat membekalkan badan dengan bekalan antioksida secukupnya.

1 ulasan:

  1. Tambahkan 'kehatian' milik Tuhan dengan membawa mereka yang memerlukan jalan penyelesaian berkaitan jerawat dan resdung (termasuk jeragat) ke web page ini:

    atasi masalah jerawat, resdung dan jeragat

    Di situ, penuh dengan info berguna beserta hasil kerja yang berkualit NAMUN; mengenakan harga yang sangat murah. Mengapa? Kerana tuan punya milik bisnes tersebut berniaga dengan mengutamakan hati (kemampuan) orang lain, kemudian barulah diikuti dengan hatinya sendiri. Wassalam.

    BalasPadam