mutiara hati

i love ALLAH s.w.t

salam

welcome

welcome
Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,hiduplah dalam IMAN walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH SWT walau DIA tak kelihatan.Bukti kasihNYA,kita wujud didunia pinjaman ini..ucaplah ALHAMDULILLAH dgn penuh kesyukuran..

my banner

Ahad, 20 Disember 2009

bahaya air liur kucing

Oleh Hafizah Iszahanid

KUCING dilihat sebagai binatang peliharaan yang manja dan sentiasa dibelai. Bagaimanapun kucing juga boleh menyebarkan kuman “Bartonella Henselae” (B.henselea) yang jika membabitkan komplikasi akan menyebabkan kematian.

Dikenali sebagai cat-scratch disease (CSD) (penyakit cakaran kucing), ia penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing. Ia dikesan sejak awal 1900.

Kuman B.henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai ‘pembawa’. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada B.henselea berbanding kucing dewasa.

B.henselae boleh ditemui di mana saja di dunia dan selalunya muncul ketika musim sejuk atau gugur di barat. Selain cakaran atau gigitan, pendedahan kepada air liur kucing juga boleh menyebabkan seseorang berhadapan dengan CSD jika berlaku luka.

CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada individu lain kerana ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing yang terdedah kepada B,henselea. Selalunya jika seseorang sudah berhadapan dengan CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat.

Secara umumnya kata Pakar Perubatan Am dan Respiratori Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Fazilah Ahmad, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mendapatkan rawatan doktor jika terkena gigitan atau cakaran kucing. Keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat. Di sana saban tahun 24,000 orang dilaporkan mendapatkan rawatan akibat gigitan atau cakaran kucing.

Begitupun, tidak mendapatkan rawatan bukan masalah besar jika tidak timbul sebarang komplikasi. Apatah lagi CSD secara umumnya bersifat tidak bahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan.

Selepas dicakar atau digigit, lazimnya, luka atau bengkak pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran kadangkala berlaku serta merta. Tetapi ia boleh juga muncul antara tiga ke 10 hari. Kesannya merah, sakit dan bernanah. Jika keadaan serius rawatan diperlukan.

“CSD perlukan rawatan jika berlaku bengkak, sakit dan bernanah. Jika berlaku komplikasi, mungkin membawa maut, apatah lagi jika yang terkena gigitan atau cakaran itu warga tua, kanak-kanak, pesakit HIV, barah, diabetes dan pesakit yang banyak mengambil steroid,” katanya.

Dr Fazilah berkata, jika bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh dan mengandungi nanah, rawatan perlu diberikan. Malah kadangkala pembedahan kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah.

FAKTA
GEJALA
1) Demam
2) Letih
3) Sakit Kepala
4) Hilang selera makan. Kurang lima peratus berhadapan dengan komplikasi yang teruk berikutan kekurangan daya imun tubuh.
5) Bengkak yang sangat sakit dan tidak surut dalam tempoh yang lama.

Golongan Berisiko
1) Kanak-kanak
2) Warga tua
3) Pesakit barah
4) Pesakit HIV
5) Penghidap diabetes
6) Pesakit yang mengambil steroid
7) Mereka yang membela dan gemar membelai kucing.

Diagnosa dan Rawatan
Tiga jenis ujian untuk mendiagnos CSD
a) Ujian kulit
b) Ujian darah
c) Ujian B.henselea (menggunakan cecair atau tisu dari kelenjar limfa yang bengkak)
Secara umum ia bukan penyakit yang serius dan tidak memerlukan rawatan tetapi bagi pesakit yang berhadapan kelenjar limfa yang membengkak dan sangat sakit, antibiotik diberikan. Jika kelenjar bernanah, pembedahan kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah.

Komplikasi CSD
1) Jangkitan kuman pada kulit otak atau pada otak (meningitis dan encephalitis). Ia berlaku pada tiga hingga lima peratus pesakit yang dijangkiti.
2) Radang pada retina mata

Dapatkan rawatan jika;
a) Cakaran atau gigitan tidak sembuh dalam tempoh dua ke tiga minggu
b) Kawasan gigitan bertukar merah dan membesar dua hari atau lebih selepas ia terjadi
c) Demam berpanjangan untuk beberapa hari selepas terkena cakaran atau gigitan
d) Kelenjar limfa yang membengkak dan sakit lebih dari dua atau tiga minggu
e) Sakit sendi atau tulang, sakit perut (muntah atau cirit-birit tetapi tidak demam
f) Berasa sangat letih lebih dari dua atau tiga minggu

Cegah CSD
1) Walaupun bunyinya agak remeh tetapi setiap kali selepas memegang kucing anda perlu membasuh tangan.
2) Hati-hati membelai kucing
3) Mandikan dan bersihkan kucing bagi mengelak kutu
4) Jangan leraikan kucing yang bergaduh

Minuman berkarbonat jejaskan kesihatan

Minuman berkarbonat jejaskan kesihatan

Minuman berkarbonat sememangnya popular di kalangan pengguna. Hakikatnya, biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama — banyak gula.

Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering ‘dipinggirkan seketika’ terutamanya pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah.

Tarikan iklan yang menceritakan ‘keasyikan’ menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan. Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah. Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita. Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa.

Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti. Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.

Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.


Obesiti membimbangkan

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini mencecah tahap membimbangkan. Kanak-kanak yang minum satu tin minuman berkarbonat (325 mililiter) setiap hari mempunyai lebih kurang 10 peratus tenaga berbanding kanak-kanak lain. Tenaga ini (yang datang daripada gula), jika tidak digunakan, akan disimpan dalam badan sebagai lemak.
Kajian yang disiarkan dalam jurnal General Dentistry keluaran Julai/Ogos 2004 di Washington mendapati, tabiat minum minuman berkarbonat boleh meningkatkan masalah kerosakan dan pereputan gigi.

Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, mengakui hakikat ini. Bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi.

“Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula.”

Jumlah ini termasuk gula tersembunyi. Ini adalah jumlah yang diperoleh daripada setiap makanan kita, sama ada dalam teh, kopi atau makanan yang bergula ketika bersarapan, makanan sarapan, makanan tengah hari, sajian minum petang dan makan malam.

“Satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.”


“Masalah pengambilan gula yang terlalu banyak biasa berlaku pada musim perayaan. Boleh dikatakan setiap rumah menghidangkan minuman berkarbonat. Itu belum mengambil kira kandungan gula dalam kek, biskut atau hidangan lain,” katanya.

Ramai orang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat.

Hakikatnya, anggapan ini salah dan perlu diperbetulkan segera. Tidak kira berapa banyak air kosong diminum, kandungan gula daripada minuman berkarbonat yang masuk ke dalam badan tetap sama. Tetap melebihi tahap keperluan harian kita. Masalah ini bertambah buruk dengan pengambilan makanan manis seperti kek dan biskut hari raya.
Untuk mengurangkan kuantiti gula diambil, kurangkan pengambilan minuman berkarbonat adalah cara paling praktikal.

Ini boleh dibancuh atau dicampur dengan air kosong dan dikongsi minum beramai-ramai. Bagaimanapun, jika air dibancuh dihabiskan sendirian, kandungan gula yang masuk ke badan tetap sama, iaitu antara enam hingga 10 sudu teh.

Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah ‘bahan perangsang’ yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap.

Banyak kajian mendapati, kafein meningkatkan pengeluaran kalsium daripada tulang, menyebabkan kita terdedah kepada masalah reput tulang atau osteoporosis jika diambil dalam jangka masa panjang.

Justeru, jika dapat, pada musim perayaan ini elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh atau jus buah-buahan. Malangnya, budaya orang kita yang menerima saja minuman dihidang tuan rumah boleh memburukkan keadaan, terutama di kalangan pesakit kencing manis.
Dalam hal ini, Ho menyarankan pesakit berterus terang dengan tuan rumah atau meminta minuman lain (pilihan terbaik adalah air kosong) sebagai pengganti. Malah, sebagai tuan rumah juga, kita mesti prihatin keadaan kesihatan tetamu.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat. Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.

http://dakwah.info/?p=3

produk paling laris tetapi tidak halal

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk di pasaran iaitu :

1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS

KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR. JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

* Canned Meat
* Canned Seafood
* Canned Fruits
* Canned Vegetables
* Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat

islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati
website

http://www.halaljakim.gov.my/
Sekian wassalam.
HARAP DIHEBAHKAN & BOIKOT ..

TAHAJUD (solat malam )dari perspektif perubatan

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak
( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar , sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." Moga Ada Manfaat

campuran madu dan air sejuk

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.


Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minumsambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Jazakallah hu khairan kathiraa.

Pisang penawar penyakit

Pisang penawar penyakit
Oleh Hidayah Mohammad

Buah paling digemari penduduk dunia mempunyai 1,001 khasiat, kaya pelbagai vitamin


PISANG pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.

Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.

Tahukah anda, ada lebih 20 jenis pisang di dunia. Tetapi pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, embun biasa didengari. Namun pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.

Ketua Diatetik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad, berkata seperti yang kita tahu, semua pisang boleh dimakan, bagaimanapun ada berapa jenis pisang yang tidak boleh dimakan iaitu pisang pisang hutan kerana banyak biji atau pisang muda.

"Ada pisang yang dimakan mentah dan ada juga tidak boleh dimakan mentah antaranya pisang tanduk, nangka, abu, lidi dan kapas," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Beliau berkata, pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.

"Sebagai contoh, 2 biji pisang emas mengandungi 100 kalori, 73gram (g) air, 1.4g protein, 23 g karbohidrat, 1.7 g serat, 380 mikro gram (mg) karoten (pre vitamin A), 63 RE vitamin A, 8.3 mg vitamin C dan 342 mg kalium," katanya.

Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pula pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

Pisang adalah buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia. Ia juga mampu menawarkan penyakit dan boleh membantu dalam kesihatan manusia.

FAKTA

Daun pisang

# Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas.

# Digunakan sebagai pelindung hujan

# Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

# Batang pisang

# Digunakan untuk membuat rakit.

# Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Buah pisang

# Boleh dimakan masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.

Jantung pisang

# Dibuat sebagai ulam selepas dicelur.

FAKTA
Khasiat pisang dari sudut kesihatan

# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

INFO

# Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.

# Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.

# Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.

# Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

100 gram pisang menyediakan
# 1.2 gm protein
# 0.3 gm lemak
# 17 mg kalsium
# 78 mg karotin
# 88 mg kalium
# 27.2 gm karbohidrat
# 0.4 gm fiber
# 116 kcal tenag

Hikmah di sebalik sunnah Rasullullah s.a.w

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah
s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan
kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit
garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kit a ada mengeluarkan
3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the
first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah
yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah
sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya
bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk
kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga
adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor2
dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40
kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita
senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah
sebelum makan untuk mengelakkan penya kit . Kerana bakteria dan racun ada
membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka
bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum:-

Janganlah kit a minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kit a minum dari bekas yg besar dan
jangan bernafas sedang kit a minum. Kerana apabila kit a minum dari bekas
yg besar, lumrahnya kit a akan meneguk air dan dalam proses minum itu,
kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon
dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu
sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup
air yang panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit . Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum
berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini,manakala
lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini
sehari,kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang
kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum
berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini
adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu maran tentang
kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang
dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah
antibodi melawan virus HIV itu.Tetapi jika lelaki itu sudah
berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit
antibodi sahaja, jadi dengan itu ukumannya direjam hingga mati agar dia
tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi
yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat
persegi(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat
kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, d ida pati, tempat
terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak
maju bersama,equality and unity, t ida k seperti bentuk pyramid, dimana ia
diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia
memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi
melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan
Syafi'i,melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut. Sekian buat
renungan bersama

Senarai Makanan dan Hikmahnya Dalam Islam

Senarai Makanan dan Hikmahnya Dalam Islam

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Limau Kulit Tebal
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

sumber: http://www.uitm.edu.my/pewani

Bahaya penggunaan microwave

Mengapa Ketuhar Gelombang Mikro Bahaya?

Ketuhar gelombang mikro (KGM atau microwave oven) ialah antara peralatan moden yang popular di kalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur terutamanya. Para ibu dan isteri hanya perlu memasukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya. Sekelip mata makanan panas sudah pun terhidang. Justeru hampir setiap rumah kini memiliki KGM.

Cara Masak Melawan Fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan KGM, makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas dibahagian dalam dahulu barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam KGM untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun kelihatan seperti belum masak, tetapi jika dibelah tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang.

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah lazimnya membawa keburukan.

KGM Pengancan Nyawa

KGM diperkenalkan kepada orang ramai pada sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesannya kepada kesihatan manusia.

Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat berbahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan KGM turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa.

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini ramai yang diserang sakit jantung dan orang muda seawal usia 20-an dan 30-an mati akibat kanser.

Makanan Jadi Toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.

Molekul-molekul ini “dipaksa” berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan Tidak Kenal Makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan KGM bukan radiasi yang terhasil tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan betindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap “makanan mati” atau badan mengumuhkannya dengan pantas.

Sungguh pun telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan KGM, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperolehi daripada penjualannya yang berlipat ganda.

Penemuan Mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan KGM dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidamt di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi’i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan KGM terhadap 8 individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan yang dimasak menggunakan KGM. Blanc dan Hertel mendapati paras hemoglobin mereka menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan masakan KGM cenderung mendapat anemia (kurang darah). Situasi ini bertambah jelas pada bula kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan malah bertahun-tahun?

Sepuluh Sebab Ketuhar Gelombang Mikro (KGM) Mesti Dibuang


Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

1. Makan makanan yang melalui proses KGM menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia “memendekkan” utusan elektrik di
dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam KGM.
3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
4. Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan.
Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar
gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit
ini.
8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan
serum darah.
10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:
http://www.mercola.com/article/microwave/hazards2.htmhttp://www.cancersalves.com/http://www.indigosu/n.com/august99

Ubat saranan rasullullah s.a.w..

Rasulullah saw bersabda :

" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "
( Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

" Gunakanlah Halba sebagai ubat"
( Qamus Al-Tibb i Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Kebaikan antioksida Bantu atasi masalah penuaan pertingkat ketahanan sel badan

Kebaikan antioksida Bantu atasi masalah penuaan pertingkat ketahanan sel badan

KONSEP kembali ke alam semula jadi menjadi semakin popular bagi yang ingin memelihara kecantikan dan kesihatan diri. Penggunaan bahan semula jadi khsusunya yang mengandungi antioksida terutama tumbuh-tumbuhan dalam merawat kecantikan juga semakin banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.

Menyedari kepentingan antioksida, kebanyakan pengeluar produk berkaitan kecantikan sama ada pemakanan mahupun penjagaan kulit mendakwa produk dihasilkan mengandungi bahan anti oksida khususnya yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Bagaimanapun sebagai pengguna, harus berhati-hati dengan dakwaan ini kerana antioksida sebenarnya bukanlah sejenis ‘bahan’, tetapi fungsi bahan tertentu yang bertindak secara khusus ke atas kulit. Antara cara paling berkesan bagi memperlahankan kerosakan akibat radikal bebas adalah dengan memakan makanan yang mengandungi antioksida.

Hasil kajian saintifik juga menunjukkan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan mengandungi bahan antioksida yang mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dialami manusia hari ini. Antaranya, buah quince yang terkenal dengan warna kuning keemasan ini, dikatakan kaya dengan antioksida yang bermanfaat untuk awet muda.




INFO: ANTIOKSIDA

* Amat penting bagi menentang radikal bebas yang menyebabkan masalah penuaan dan pelbagai penyakit lain seperti barah. Radikal bebas masuk ke tubuh apabila kita menyedut udara yang tercemar seperti asap rokok. Ini menyebabkan berlaku proses pengoksidaan yang merosakkan sel sihat dan menyebabkan anda tampak tua dan kurang sihat. Bagi mengatasinya, antioksida digunakan bagi mengawal proses pengoksidaan ini.

* Antioksida adalah penawar semula jadi yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas itu.

* Lebih menarik, antioksida juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas, selain memainkan peranan penting bagi membina dan mengekalkan kekebalan badan. Ini berlaku dengan menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisme pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisme lain yang menyumbang kepada proses penuaan.

* Mengamalkan pemakanan seimbang dan pelbagai makanan yang kaya dengan antioksida dalam menu harian dapat membekalkan badan dengan bekalan antioksida secukupnya.

Risiko meminum air berais selepas makan..

ANDA TIDAK PERCAYA???

Kepada yang gemar minum minuman berais,fakta ini mungkin menyedarkan anda.

Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.

Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain.

Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.

:::Moga menjadi panduan kepada ibu dan isteri yang menyediakan..menghidangkan makanan setiap hari kepada anak2 dan suami tercinta…

jangan minum air dalam botol plastik di dalam kereta anda!!

para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah
berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara
Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah
diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,
terutama di Australia ...

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada
di dalam Kereta.

Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol
memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong
berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan
di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin
akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari
plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun
ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak
perempuan mengetahui ini semua.

berapa byk kita perlu minum air?

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengen
Sesungguhnya, bersama kesulitan itu ada kemudahan dan sesudah tangisan ada kesenangan, sesudah malam adanya siang, mendung kesusahan akan segera lenyap, malam kesusahan akan jadi terang, semua bencana pasti akan lenyap, segala kesulitan pasti akan berakhir dengan izin ALLAH... Esok akan merekahlah bunga yang harum aromanya, mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati. Alangkah manisnya hidup dalam keikhlasan bersama sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah dan berkorban demi sahabat yang lain. Menerjuni api perjuangan yang tidak pernah nyala, demi mencari redha dan kasih Ilahi...
Jika anda melihat orang kafir,maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda berada dalam Islam.jika anda melihat orang yang suka membuat dosa,maka bersyukurlah kpd Allah krn anda berada dlm taqwa.jika anda melihat orang yang bodoh,maka bersyukurlah kpd Allah krn engkau masih memiliki ilmu. dan jika melihat orang yang mendapat bencana,maka bersyukurlah kepada Allah krn anda terhindar darinya.maka bersyukurlah atas segala-galanya.......

renungkan

2:261) Perumpamaan (nafkah yg dikeluarkan oleh) org2 yg menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dgn sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pd tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yg Dia kehendaki. & Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(2:262) Org-org yg menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mrk tidak mengiringi apa yg dinafkahkannya itu dgn menyebut-nyebut pemberiannya & dgn tidak menyakiti (perasaan si penerima), mrk memperoleh pahala di sisi Tuhan mrk. Tidak ada kekhawatiran terhadap mrk & tidak (pula) mrk bersedih hati.
(2:263) Perkataan yg baik & pemberian ma'af lebih baik dr sedekah yg diiringi dgn sesuatu yg menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.
(2:264) Hai org2 yg beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dgn menyebut-nyebutnya & menyakiti (perasaan si penerima), spt org yg menafkahkan hartanya krn riya kpd manusia & dia tidak beriman kpd Allah & hari kemudian. Maka perumpamaan org itu spt batu licin yg di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mrk tidak menguasai sesuatupun dr apa yg mrk usahakan; & Allah tidak memberi petunjuk kpd org2 yg kafir .
(2:265) Dan perumpamaan org2 yg membelanjakan hartanya krn mencari keridhaan Allah & untuk keteguhan jiwa mrk, spt sebuah kebun yg terletak di dataran tinggi yg disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). & Allah Maha Melihat apa yg kamu perbuat.
(2:266) Apakah ada salah seorg di antaramu yg ingin mempunyai kebun kurma & anggur yg mengalir di bawahnya sungai2; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pd org itu sedang dia mempunyai keturunan yg masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yg mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kpd kamu supaya kamu memikirkannya .
(2:267) Hai org2 yg beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dr hasil usahamu yg baik-baik & sebagian dr apa yg Kami keluarkan dr bumi untuk kamu. & janganlah kamu memilih yg buruk-buruk lalu kamu menafkahkan drpdnya, pdhal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dgn memincingkan mata terhadapnya. & ketahuilah, bhw Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
(2:268) Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dgn kemiskinan & menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan drpd-Nya & karunia . & Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui.
(2:269) Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yg dalam tentang Al Qur'an & As Sunnah) kpd siapa yg dikehendaki-Nya. & barangsiapa yg dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yg banyak. & hanya org2 yg berakallah yg dapat mengambil pelajaran (dr firman Allah).


Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "
Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka @ batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "
--------------------------------------------------------------------------------

Lebih baik berpada dan puas hati dengan yang sedikit daripada keluh kesah dengan yang banyak. Ada harta, berjihad untuk agama.Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sesungguhnya berbahagialah orang Islam, rezeki sederhana dan berpuas hati menerima segala pemberian Allah. " (Riwayat Muslim)."Kekayaan itu bukanlah diukur pada banyak harta, tetapi dilihat daripada kekayaan jiwa." (Riwayat Al Bukhari, Muslim)
Biarla nafas hidupmu penuh dengan dakwah..
berdakwatlah dengan airmata dan darah syuhada',
ditulis di atas kertas perjuangan sebagai kiriman di hari kemudian..

namun ingatlah, semakin dekat bahtera dirimu kepada ALLAH,
semakin kuat taufan melanda...

biar engkau rebah, namun jangan sesekali egkau berubah..
Biar terbuang, namun teruskan perjuangan...
"HATI INI MILIK ALLAH; DICIPTAKAN OLEH ALLAH UNTUK MENCINTAI ALLAH"
SETIAP MATA YANG TERTUTUP BELUM BERERTI IA TIDUR...
DAN ...
SETIAP MATA YANG TERBUKA BELUM BERERTI IA MELIHAT...

10 panggilan bumi

10 PANGGILAN BUMI.

Bahawasanya bumi ini setiap hari memanggil insan dengan 10 panggilan:-

1. wahai anak adam, kamu berjalan di atasku akhirnya kamu akan kembali ke dalam perutku.
2. kamu melakukan maksiat di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.
3. kamu bergurau di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.
4. kamu memakan makanan yang haram di atas perutku, nanti mayat kamu akan dimakan oleh ulat di dalamnya nanti.
5. kamu bergembira di atas belakangku, nanti kamu akan merasa susah di dalam perutku.
6. kamu sombong dalam kehidupanmu di atas belakangku, tetapi kamu akan hina di dalam perutku.
7. kamu berjalan di dalam cahaya di atas belakangku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.
8. kamu mengumpul barang yang haram di atasku, tetapi kamu akan hancur di dalam perutku.
9. kamu berjalan dengan sukaria di dalam kehidupan duniamu, tetapi kamu akan jatuh kesedihan di dalam perutku.
10. kamu berjalan untuk berjemaah di atas belakangku, akan tetapi kamu akan bersendirian di dalam perutku."

my mother (nasyid inggeris)

Andai ku tahu (Ungu)

ALHAMDULILLAH (Opick feat Amanda)

ketika bertasbih

suci sekeping hati (Saujana)

Teman sejati (Brothers)

Doa perpisahan (Brothers)

Tika dinihari (devotees)

taubat seorang hamba (Irsyadee feat hafiz hamidun)

Atas nama cinta (UNIC)

cebisan kenangan (amar)

amani (amar)

ku damba keampunan (amar)

ketulusan hati(marshanda)

menanti di barzakh (far east)

nur syahadah (far-east)

layar keinsafan (mestica)

mahligai kasih

hanya tuhan yg tahu (unic)

sebuah pertemuan(Unic)

segenggam tabah

Khamis, 10 Disember 2009

makaroni bakar



Bahan2:
400g makaroni
2 sudu besar serbuk kari daging (optional)
1 ulas bawang besar
1 biji capsicum (ganti ngan cili merah pun boleh.tapi, remove the seeds first.
1 tin kecil cendawan butang
150g daging cincang
3 batang sosej (optional)
minyak untuk menumis
7 biji telur
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
Sedikit daun sup bawang
cheddar cheese / mozarella cheese or both
(bahan-bahan tu boleh adjust ikut kesesuaian. the Italian taste depends on the cheese, actually. yang lain2 tu suka ati nak boh ke tidak and banyak mana)



Cara nak masak:
1. Rebus makaroni bsama sdikit minyak zaitun, kalau takde olive oil pakai jela minyak cap buruh atau yang seumpamanya atau butter dan sedikit garam, bila kembang toskan airnya.
2. Capsicum dan 1 ulas bawang besar dipotong dadu.
3. Cendawan dan juga sosej dipotong mengikut bentuk yang diinginkan.
4. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang besar yang dipotong dadu hingga layu.
5. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air,kacau hingga wangi.
6. Masukkan daging cincang. Kacau sebati.
7. Masukkan sosej, cendawan dan sedikit capsicum. Gaul hingga sebati.
8. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, dan garam. Akhir sekali masukkan makaroni kacau hingga sebati
9. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan,pukul sedikit.
10. Sapukan acuan dengan butter/majerin supaya tidak melekat.Masukkan makaroni yang telah digoreng tadi. Taburkan sedikit cheese dan masukkan pukulan telur sedikit. Lapiskan lagi dengan macaroni dan masukkan pukulan telur kesemuanya. Taburkan capsicum yg selebihnya dan daun sup & daun bawang. Kemudian taburkan dgn cheese yg selebihnya
11. Bakar selama 15-20 mins di dalam oven dengan kepanasan,180 C
Resepi ni boleh serve 5-7 owang..
Sedia utk dihidangkan!

rich choc pudding..




Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

· 1/2 cawan serbuk koko

· 1 cawan gula

· 1/2 cawan susu tepung

· 1/2 sudu teh garam

· 4 1/4 cawan air

· 4 sudu besar tepung jagung

· 1/2 sudu teh esen vanilla

· 3 sudu besar butter

· 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.

Masukkan butter, kacau hingga pekat.

Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

psssttt! ni kte tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain,

kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan

puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

puding horlick




Bahan-bahan ( 4 - 6 org )

· sebungkus agar2 yg besar

· 6 cwn air

· 1 cawan gula halus

· 1 tin susu pekat

· 1 tin susu cair

· 4 biji telur

· 1 cawan horlick

· 1 sudu besar tepung custard

· 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

masukkan agar2 dan air dlm periuk.biarkan agar2 larut dan masukkan gula dan sentiasa digaul sehingga mendidih.

dlm mangkuk,pukul telur sehingga kembang.

masukkan esen vanilla,susu pekat, susu cair dan tepung custard di dlm mangkuk telur td.

setelah agar2 td larut, masukkan campuran telur ke dlm periuk. kacau perlahan.

akhir sekali, masukkan horlick dan terus kacau sehingga horlick hancur dan larut. bila sudah masak,tuang di

PUDING BUIH



PUDING BUIH

Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )

· 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan

· 1.75 liter air

· 9 sudu besar gula

· 1 helai daun pandan ~ disimpul

· 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah

· 1 tin fruit cocktail ~ optional

· pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

· UTK KUAH

· 1 tin susu cair

· 2 tin air (guna tin susu cair)

· 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..

· 2 sudu besar tepung kastard

· 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td

· 2 helai daun pandan ~ disimpulkan

· 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.

Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.

UTK MEMBUAT KUAH:

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.

Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.

**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..

Selamat mencuba..

puding roti kuah kastard





Bahan A

~500 ml susu segar/fresh milk

~8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B

~4 s/b gula halus

~2 s/b butter - cairkan sebentar atas api

~2 biji telur ayam

~1 sudu teh esen vanilla

~1 s/b tepung jagung

~1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)

~1 s/b serbuk buah pala *(optional)

Bahan C-kuah

~1 tin susu cair

~2 sudu tepungkastad

~2 sudu gula

~Bahan D

~Kismis hitam

Cara-cara

Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam

Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam. Masukkan kismis.

Bakar dalam suhu 180′C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.

Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

kek batik


KEK BATIK



· 1 bungkus (350g) biskut marie

· 1 buku butter

· 2 biji telur (nak bubuh lbih pun bleh..ikut suka..)

· 1 cwn serbuk koko (nak guna coklat masakan pun bleh)

· 1/2 cwn milo

· ½ cwn susu cair

· ½ cwn gula /susu pekat( kalau nak lbh manis,ltak lar lbh ckit gula /susu)

· 1/2cwn nestum (kalau suka)

· 2 sudu the gravy browning(xpenting)

· ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase coklat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko



Cara-cara

patah2kan biskut (lebih ok kalau belah empat)

dalam periuk, campurkan koko,milo,susu cair,gula/susu pekat,. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut

masukkan butter,kacau sampai butter cair

kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api

masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi coklat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk coklat gune sket ajer…)

masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang (lbh elok guna loyang 4 segi coz nanti hasilnya lbh cantik)

slamat mencuba… =)

fusilli goreng



Bahan-bahan: 500 g Fusilli } direbus sehingga lembut dan toskan kemudian digaul dengan sedikit minyak
1 cawan daging/isi ayam dipotong dadu atau dicincang
1 labu bawang besar } dipotong dadu
3 ulas bawang putih } dicincang halus
minyak masak untuk menumis
1 tin cendawan butang } dibelah dua
1/2 biji capsicum hijau } dipotong dadu
1/2 biji capsicum merah } dipotong dadu
4 sudu besar tomato sos
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi
Masukkan daging/ayam , goreng sebentar sehingga masak.
Masukkan sos tomato, sos tiram , sos cili , kicap cair, lada sulah dan semua sayur di atas dan gaul rata.
Masukkan fusilli, gaul sebati serta rasakan garamnya dan bolehlah dihidangkan.

Nota: kalau nak lagi pedas masa tumis boleh juga masukkan cili kisar sesudu dua terpulang kpd selera masing2..

MACARONI N CHEESE



bahan
250 g spiral pasta brand San Remo (guna brand San Remo sebab spiral dia kecik-kecik comel so bila masak masih maintain comel)
1 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
220 g tomato puree brand Du Chef (tin sedang)
400 g daging cincang cap Ramly
250 g cheddar cheese, diparut
2-3 helai bay leaves (yang kering punya)
Rempah oregano
500 - 600 ml susu segar
1 sudu besar tepung gandum

Cara membuatnya.

Sos Merah
1. Rebus spiral pasta ikut arahan kat plastiknya. Bila dah masak, angkat dan toskan sampai kering.
2. Tumiskan kan bawang besar dan bawang putih.
3. Selepas naik bau masukkan daging cincang. Tumis hingga daging jadi putih-putih sikit. Jangan sampai air daging kering.
4. Masukkan tomato puree. Api jangan kuat sangat.
5. Koyak-koyakkan bay leaves masukkan dalam sos. Taburkan rempah oregano. Kacau rata.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
Sos merah ni jangan kering-kering sangat sebab kalau kering sangat nanti rasa pasta tu very dry. Boleh juga gunakan sos spaghetti yang segera tu macam cap prego ke dolmio ke kalau tak tahan masam tomato puree.

Sos cheese
1. Masukkan susu ke dalam periuk atas api kecil.
2. Masukkan terus cheese yang dah shred tadi. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum sesudu tu.
4. Kacau sampai semua cheese cair dan sebati.
Campuran ni jangan cair sangat nanti tak cantik bila dituang atas macaroni.

Ok .. lepas dua dua siap. Sos merah tadi dicampurkan dengan pasta spiral yang dah siap tu. Gaul sampai sebati. Pastu masukkan dalam bekas. Agak-agak dah tuang separuh adunan, tuangkan campuran cheese jadikan ia satu layer atas pasta tadi. Kendian masukkan lagi balance pasta tadi sampai habis. Tuangkan lagi satu layer cheese diatasnya.

Kalau nak lagi mengancam taburkan shredded cheese atas layer atas ni dan bakar sekejap hingga golden. (Yang ni optional ye)

sekuntum melati

Saudariku
Dengarlah kisah ini
Tentang sekuntum melati
Yang tumbuh di taman sunyiSederhana
Mampu tebarkan wangi
Warnai taman
Hingga tak sepi
Saudariku
Dengarlah kisahku
Tentang sekuntum melati
Yang tumbuh di taman sunyi
Bersahaja
Pancarkan jati diri
Warnai hari
Hingga berseri
Melati bunga putih
Putih perlambang suci
Suci pelita hati
Hati misykat diri


Saudariku
Didiklah jiwamu
Seperti kuntum melati
Yang tahu makna hakiki
Yang tak lupa arti hayati
Hingga senantiasa harum mewangi




ni sebagai peringatan kpd suma saudari2 di luar sana,moga kita menjadi ibarat sekuntum bunga melati ataupun sekuntum mawar yg cantik dipandang namun sukar utk disentuh kerana duri yg sentiasa melindungi diri…namun tdk sama sekali menyalagunakan kecantikan yg ada kerana dia sedar yg sekuntum bunga melati mahupun mawar tdk selamanya kekal di dahanya,pasti akan layu dan mati bila tiba masanya..

keindahan hati

Keindahan hati…

keindahan hati adalah merupakan kata-kata yang slama ini dinanti dalam indahnya cinta terhadap hati yang telah lama hilang ,,
seakan ku menatap indahnya mentari menyinari langit yang begitu indah akan cinta , yang berhiasan bintang dan mata ini hanya bisa memandang langit yang begitu agung akan keindahan hati …

jejak langkah yang meniti waktu dalam mencari sebuah keindahan hati,
seakan langkah ini sudah mulai goyah dalam menuju suasana embun pagi,
langkah demi langkah telah kulalui di hujung senja

terhadap dakapan pelangi yang begitu indah di hujung sebuah penantian hati demi meniti hari terhadap pangkuan sang keindahan hati..
teringat akan lukisan yang terindah yang diiringi dengan gemuruh ombak yang menerjang pesisir pantai
yang telah lama hilang di ufuk samudera

akankah beningnya embun selalu menghiasi

kata-kata (kump.firdaus)

Kata-Kata


Album : Cinta dan Harapan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com





Kata-kata indah di bibir mesra
Mungkinkah dusta jangan terpedaya
Lembut lidah mengukir kata dan janji
Menyimpul maksud hati yang tersembunyi
Hati-hati mentafsir kata bicara
Pastikan dengan nyata ketulusannya
Dalam manis kata ada racun bisa
Perlu berwaspada
Kata-kata hikmah bagai mutiara
Jadi panduan hidup manusia
Kerna pulut santan pula yang binasa
Kerana mulut badan kan sengsara

Lembut lidah mengukir kata dan janji
Menyimpul maksud hati yang tersembunyi
Hati-hati mentafsir kata bicara
Pastikan di mana kebenarannya
Dalam manis kata ada racun bisa
Jangan terpedaya

Kata-kata hikmah bagai mutiara
Jadi panduan hidup manusia
Kerna pulut santan pula yang binasa
Kerana mulut badan kan sengsara

Awas lidah tika mengukir kata
Mungkinkah dusta perlu berwaspada
Indah kata bukan pada ucapannya
Tetapi pada benar tujuannya
Tepat tindakkannya

Yang indah bahasa
Yang cantik pekerti yang mulia

Dalam manis kata ada racun bisa
Jangan terpedaya

Kata-kata indah di bibir mesra
Mungkinkah dusta jangan terpedaya
Indah kata bukan pada ucapannya
Tetapi pada benar tujuannya

Kata-kata hikmah bagai mutiara
Jadi panduan hidup manusia
Kerna pulut santan pula yang binasa
Kerana mulut badan kan sengsara

Awas tutur kata

demi cinta suci (UNIC)

DEMI CINTA SUCI


Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com




Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna
C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

koleksi petua

Jerawat oh Jerawat..Bagi sesiapa yang ada jerawat, boleh cuba amalkan petua-petua di bawah. Semoga bermanfaat. Editor pernah mengamalkan petua 2 hasil nasihat ibunya. InsyaAllah berkesan. Namun andai ada sahabat doktor atau pelajar perubatan atau sesiapa sahaja yang ingin kongsikan ilmu mereka berkenaan petua ini, dipersilakan.

Petua 1
Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.



Petua 2

Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . InsyaAllah , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Petua 3

Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .

Petua 4 Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .
Petua 5 Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .
Petua 6

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 7

Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Petua 8
Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .



Petua 9 Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua 10 Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .
Petua 11 Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda . Insya-Allah .

Petua 12 Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu diamalkan jerawat akan kering dan pupus .
Petua 13 Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) .

Petua 14

Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.

Petua 15

Gunakan uncang Teh -Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita minum air rendaman teh ini, uncang nyer jangan dibuang. -Ambil uncang teh ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke jerawat. -Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh ler muka tu.

Amalkan sebelum tidur dan InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan dapat melihat kesannya di mana jerawat ini akan kecut dan jika diamalkan selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah….

MANFAAT MAAF TERHADAP KESIHATAN

MANFAAT MAAF TERHADAP KESIHATAN

Manfaat Maaf Terhadap Kesihatan
Oleh SMAHADZIR

Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam al-Quran adalah sikap memaafkan, yang bermaksud: “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.”

Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “… dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nur: 22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia al-Quran akan merasa sukar memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap apa pun kesalahan yang diperbuat. Padahal, Allah s.w.t telah menganjurkan orang beriman bahawa memaafkan adalah lebih baik: “… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (At-Taghaabun: 14)

Juga dinyatakan dalam al-Quran bahawa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji. “Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”

Berlandaskan hal tersebut, orang beriman adalah orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran, “… menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.” (Ali Imran: 134)

Para pengkaji percaya bahawa pelepasan hormon stres, keperluan oksigen yang meningkat oleh sel-sel otot jantung, dan kekentalan yang bertambah daripada keping-keping darah, yang mengarah kepada pembekuan darah menjelaskan bagaimana kemarahan meningkatkan risiko terjadinya serangan jantung. Ketika marah, detak jantung meningkat melebihi batas wajar, dan menyebabkan naiknya tekanan darah pada pembuluh nadi, dan akan mengakibatkan kemungkinan terkena serangan jantung.

Pemahaman orang beriman tentang sikap memaafkan amat berbeza daripada mereka yang tidak menjalani hidup berlandaskan ajaran al-Quran. Meskipun banyak orang mungkin berkata bahawa mereka telah memaafkan seseorang yang menyakiti hati mereka, namun memerlukan waktu yang lama untuk membebaskan diri daripada rasa benci dan marah dalam hati mereka itu. Sikap mereka cenderung memperlihatkan rasa marah itu.

Oleh sebab mereka tahu bahawa manusia diuji di dunia ini, dan belajar daripada kesalahan mereka, maka mereka berlapang dada dan bersifat pengasih. Lebih daripada itu, orang beriman juga mampu memaafkan walau sebenarnya mereka benar dan orang lain salah. Ketika memaafkan, mereka tidak membezakan antara kesalahan besar dengan yang kecil. Seseorang boleh saja menyakiti mereka tanpa sengaja. Bagaimanapun, orang beriman sedar bahawa sesuatu terjadi menurut kehendak Allah, dan beriringan sesuai dengan takdir tertentu, dan oleh sebab itu itu, mereka berserah diri dengan peristiwa ini, tidak pernah terbelenggu oleh amarah.

Menurut kajian mutkahir, para ilmuwan Amerika Syarikat membuktikan bahawa orang yang mampu memaafkan adalah lebih sihat, baik jiwa mahupun anggota tubuh badannya. Orang (responden) yang dikaji menyatakan bahawa penderitaan mereka berkurangan setelah memaafkan orang yang menyakiti mereka. Kajian tersebut menunjukkan bahawa orang yang belajar memaafkan merasa lebih baik, tidak hanya secara batiniah, tetapi juga jasmaniah. Sebagai contoh, telah dibuktikan bahawa berdasarkan pengkajian, gejala-gejala pada kejiwaan dan tubuh seperti sakit belakang akibat stress (tekanan jiwa), susah tidur, dan sakit perut berkurangan pada golongan ini.

Memaafkan, adalah salah satu perilaku yang membuatkan orang tetap sihat, dan merupakan sikap mulia yang seharusnya diamalkan oleh setiap orang. Dalam bukunya, “Forgive for Good” (Maafkanlah Demi Kebaikan), Dr. Frederic Luskin menjelaskan bahawa sifat pemaaf merupakani resepi yang telah terbukti bagi kesihatan dan kebahagiaan hidup. Buku tersebut memaparkan bagaimana sifat pemaaf merupakan dasar terciptanya keadaan baik (elok) dalam fikiran seperti harapan, kesabaran dan percaya diri dengan mengurangi kemarahan, penderitaan, lemah semangat, dan stress. Menurut Dr. Luskin lagi, kemarahan yang dipelihara menyebabkan kesan pada anggota badan dapat dilihat pada diri seseorang.

Sebuah tulisan berjudul “Forgiveness” (Memaafkan), yang diterbitkan dalam Healing Current Magazine (Majalah Penyembuhan Masa Kini) edisi September-Oktober 1996, menyatakan bahawa kemarahan terhadap seseorang atau suatu peristiwa menimbulkan emosi negatif dalam diri seseorang, dan merosakkan keseimbangan emosional, bahkan kesihatan jasmani mereka. Artikel tersebut juga menjelaskan bahawa orang menyedari setelah beberapa ketika bahawa kemarahan itu mengganggu mereka, dan kemudian berkeinginan memperbaiki kerosakan hubungan. Jadi, mereka mengambil pelbagai langkah untuk memaafkan orang yang menyakiti mereka.

Disebutkan juga bahawa, meskipun mereka tahan dengan segala hal itu, orang tidak ingin menghabiskan waktu-waktu berharga daripada hidup mereka dalam kemarahan dan kegelisahan, dan lebih suka memaafkan diri mereka sendiri serta orang lain.

Semua kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa kemarahan merupakan suatu keadaan fikiran yang merosakkan kesihatan manusia. Memaafkan, dari sisi lain, meskipun terasa berat, adalah suatu bahagian daripada akhlak terpuji, yang menghilangkan segala kesan yang boleh merosakkan daripada kemarahan, dan membantu orang tersebut menikmati hidup yang sihat, baik

CEK KUKU ANDA

CEK KUKU ANDA

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari
kuku yang panjang, dosanya sama
seperti memelihara sekandang babi
(oppss khinzir lembut sikit) , jika
kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang…. bayangkanlah dosa yang
telah kita tanggung untuk kesemua
babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang ,
walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari
kelingking. Bagi orang Islam adalah
tidak sesuai berkuku panjang atas apa
alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia jugabukan
budaya kita apatah lagi menggunakan
tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang
biasanya mempunyai anak yang bodohatau
pun degil dan suka melepak sebab diberi
makan bahan kotor yang berada di kuku
jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat
cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa
ilmu pun yang di ajar pun tak akan
boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang
membuatkan orang Melayu mundur dan tidak
berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap
dan rugi teruk adalah kerana mempunyai
pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau
hendak cari pasangan dan mahu anak
yang pandai dan mendengar kata pilihlah
wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku
pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman
seperti yang terdapat dalam najis
manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut
tidak akan hilang walaupun kita mencuci
tangan dengan sabun. Oleh itu,
sentiasalah berkuku pendek untuk
kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada
Saidina Ali rhu. sesudah bernikah
dengan Siti Fatimah iaitu anakanda
kesayangan , Nabi Muhammad Saw.
berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau
memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana
memakai cincin pada jari telunjuk dan
jari tengah adalah meniru cara berhias
kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum
yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

mutiara kata 2

Hidup Anda

Hidup itu sendiri tak dapat memberikan kegembiraan
sampai anda menghendakinya;
Hidup cuma menyediakan waktu dan tempat,
terserah pada anda bagaimana mengisinya



Manusia dan kekayaan

“Umumnya sikap manusia terhadap orang kaya
lebih cerah dari sinar matahari.
Kedudukannya disisi mereka lebih segar dari air tawar,
lebih tinggi dari langit,
lebih manis dari madu dalam sarangnya
dan lebih harum dari bunga mawar.
Kesalahannya adalah benar
dan semua keburukannya dianggap baik,
ucapannya bisa diterima,
dalam majelis dia terhormat
dan omongannya tidak pernah menjemukan.”
(Abbas ra.)