Halaman

mutiara hati

i love ALLAH s.w.t

salam

welcome

welcome
Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,hiduplah dalam IMAN walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH SWT walau DIA tak kelihatan.Bukti kasihNYA,kita wujud didunia pinjaman ini..ucaplah ALHAMDULILLAH dgn penuh kesyukuran..

my banner

Khamis, 10 Disember 2009

MANFAAT MAAF TERHADAP KESIHATAN

MANFAAT MAAF TERHADAP KESIHATAN

Manfaat Maaf Terhadap Kesihatan
Oleh SMAHADZIR

Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam al-Quran adalah sikap memaafkan, yang bermaksud: “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.”

Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “… dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nur: 22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia al-Quran akan merasa sukar memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap apa pun kesalahan yang diperbuat. Padahal, Allah s.w.t telah menganjurkan orang beriman bahawa memaafkan adalah lebih baik: “… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (At-Taghaabun: 14)

Juga dinyatakan dalam al-Quran bahawa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji. “Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”

Berlandaskan hal tersebut, orang beriman adalah orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran, “… menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.” (Ali Imran: 134)

Para pengkaji percaya bahawa pelepasan hormon stres, keperluan oksigen yang meningkat oleh sel-sel otot jantung, dan kekentalan yang bertambah daripada keping-keping darah, yang mengarah kepada pembekuan darah menjelaskan bagaimana kemarahan meningkatkan risiko terjadinya serangan jantung. Ketika marah, detak jantung meningkat melebihi batas wajar, dan menyebabkan naiknya tekanan darah pada pembuluh nadi, dan akan mengakibatkan kemungkinan terkena serangan jantung.

Pemahaman orang beriman tentang sikap memaafkan amat berbeza daripada mereka yang tidak menjalani hidup berlandaskan ajaran al-Quran. Meskipun banyak orang mungkin berkata bahawa mereka telah memaafkan seseorang yang menyakiti hati mereka, namun memerlukan waktu yang lama untuk membebaskan diri daripada rasa benci dan marah dalam hati mereka itu. Sikap mereka cenderung memperlihatkan rasa marah itu.

Oleh sebab mereka tahu bahawa manusia diuji di dunia ini, dan belajar daripada kesalahan mereka, maka mereka berlapang dada dan bersifat pengasih. Lebih daripada itu, orang beriman juga mampu memaafkan walau sebenarnya mereka benar dan orang lain salah. Ketika memaafkan, mereka tidak membezakan antara kesalahan besar dengan yang kecil. Seseorang boleh saja menyakiti mereka tanpa sengaja. Bagaimanapun, orang beriman sedar bahawa sesuatu terjadi menurut kehendak Allah, dan beriringan sesuai dengan takdir tertentu, dan oleh sebab itu itu, mereka berserah diri dengan peristiwa ini, tidak pernah terbelenggu oleh amarah.

Menurut kajian mutkahir, para ilmuwan Amerika Syarikat membuktikan bahawa orang yang mampu memaafkan adalah lebih sihat, baik jiwa mahupun anggota tubuh badannya. Orang (responden) yang dikaji menyatakan bahawa penderitaan mereka berkurangan setelah memaafkan orang yang menyakiti mereka. Kajian tersebut menunjukkan bahawa orang yang belajar memaafkan merasa lebih baik, tidak hanya secara batiniah, tetapi juga jasmaniah. Sebagai contoh, telah dibuktikan bahawa berdasarkan pengkajian, gejala-gejala pada kejiwaan dan tubuh seperti sakit belakang akibat stress (tekanan jiwa), susah tidur, dan sakit perut berkurangan pada golongan ini.

Memaafkan, adalah salah satu perilaku yang membuatkan orang tetap sihat, dan merupakan sikap mulia yang seharusnya diamalkan oleh setiap orang. Dalam bukunya, “Forgive for Good” (Maafkanlah Demi Kebaikan), Dr. Frederic Luskin menjelaskan bahawa sifat pemaaf merupakani resepi yang telah terbukti bagi kesihatan dan kebahagiaan hidup. Buku tersebut memaparkan bagaimana sifat pemaaf merupakan dasar terciptanya keadaan baik (elok) dalam fikiran seperti harapan, kesabaran dan percaya diri dengan mengurangi kemarahan, penderitaan, lemah semangat, dan stress. Menurut Dr. Luskin lagi, kemarahan yang dipelihara menyebabkan kesan pada anggota badan dapat dilihat pada diri seseorang.

Sebuah tulisan berjudul “Forgiveness” (Memaafkan), yang diterbitkan dalam Healing Current Magazine (Majalah Penyembuhan Masa Kini) edisi September-Oktober 1996, menyatakan bahawa kemarahan terhadap seseorang atau suatu peristiwa menimbulkan emosi negatif dalam diri seseorang, dan merosakkan keseimbangan emosional, bahkan kesihatan jasmani mereka. Artikel tersebut juga menjelaskan bahawa orang menyedari setelah beberapa ketika bahawa kemarahan itu mengganggu mereka, dan kemudian berkeinginan memperbaiki kerosakan hubungan. Jadi, mereka mengambil pelbagai langkah untuk memaafkan orang yang menyakiti mereka.

Disebutkan juga bahawa, meskipun mereka tahan dengan segala hal itu, orang tidak ingin menghabiskan waktu-waktu berharga daripada hidup mereka dalam kemarahan dan kegelisahan, dan lebih suka memaafkan diri mereka sendiri serta orang lain.

Semua kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa kemarahan merupakan suatu keadaan fikiran yang merosakkan kesihatan manusia. Memaafkan, dari sisi lain, meskipun terasa berat, adalah suatu bahagian daripada akhlak terpuji, yang menghilangkan segala kesan yang boleh merosakkan daripada kemarahan, dan membantu orang tersebut menikmati hidup yang sihat, baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan