Ketika bebas di alam remaja,
impianku tidak mengenal batasan -
aku ingin MENGUBAH DUNIA
Bila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang,
kusedari.. rupanya dunia tidak akan berubah.
Lalu aku bataskan jangkauan.
Memadailah jika aku dapat MENGUBAH NEGARA.
Namun ini juga tidak kesampaian..
Di usia senja, pilihan terakhirku ialah untuk MENGUBAH KELUARGA dan mereka yang terdekat.
Malangnya.. mereka juga tidak mampu ku ubah.
Kini, di pembaringan menanti maut, baru ku sedari..
(mungkin buat pertama kali)
Andainya dahulu yang pertama ku ubah adalah DIRI SENDIRI -
dengan menunjukkan teladan yang baik,
pasti aku dapat MENGUBAH KELUARGA.
Lantas.. dengan sokongan dan dorongan semangat mereka,
pasti aku mampu MENGUBAH NEGARA..
Dan siapa tahu..
Mungkin juga aku mampu MENGUBAH DUNIA
Ernie Zakri effect?
-
Alkisahnya, isteri saya cerita, bintang paling popular tahun ini, naik
pentas pakai baju biasa biasa sahaja. Kagum dia tengok sebab nampak comel
katanya ...
Seminggu yang lalu













Tiada ulasan:
Catat Ulasan